Abdul Mutalib
Sunday, April 3, 2011
THE WOOD RESORT HULU YAM SELANGOR
The Wood Resort merupakan salah satu tempat pelancongan yang menyediakan pelbagai kemudahan contohnya seperti chalet, khemah, dewan dan sebagainya. Resort ini terletak di Hulu Yam Selangor dan mempunyai keindahan semulajadi yang dapat dinikmati oleh para pengunjung. Suasana yang nyaman dan segar jauh dari kesibukan bandar dapat dirasai oleh pengunjung yang inginkan ketenangan dan kedamaian. The Wood Resort ini juga boleh dijadikan tempat untuk keluarga bersantai pada hujung minggu bersama anak-anak dan ini dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahin antara ahli keluarga.
Sunday, March 20, 2011
TAMAN NEGARA PAHANG DAN ORANG ASLI BATEK
Antara flora dan fauna yang terdapat di Taman Negara Pahang
Perkampungan Orang Asli Kaum Batek
Taman Negara Kuala Tahan, Pahang merupakan salah satu tarikan pelancong yang terdapat di Malaysia. terdapat pelbagai kehidupan flora dan fauna yang disajikan oleh alam semulajadi yang masih belum tercemar dan indah. Terdapat juga perkampungan orang asli kaum Batek yang menetap di Taman Negara Pahang ini dan ini dapat mendekatkan pengunjung terhadap kehidupan orang asli ini.
Wednesday, March 16, 2011
HARI TERBUKA TENTERA DARAT YANG KE-78
Hari Terbuka Tentera Darat telah dilangsingkan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 4,5 dan 6 March 2011. Majlis ini telah diadakan adalah sempena hari ulang tahun tentera darat yang ke-78. Didalam majlis ini, pengunjung didedahkan dengan lebih dekat mengenai peralatan tentera semasa berperang. beberapa pertunjukan juga telah disajikan kepada pengunjung antaranya seperti pertunjukan payung terjun, pertunjukan pengukiran ais, kawad, pancaragam dan sebagainya.
Sunday, February 27, 2011
HOMESTAY KAMPUNG PARIT BUGIS MUAR, JOHOR
Gambar-gambar di atas menunjukkan antara rumah yang digunakan untuk para pelancong yang ingin merasai suasana kampung yang disediakan oleh penduduk Kampung Parit Bugis ini yang mengikuti program "Peserta Tinggal Bersama" dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Dalam Negeri. Program Homestay ini telah telah berfungsi pada tahun 2006 dan kini telah mendapat sambutan yang hangat daripada pelancong-pelancong dalam dan luar negeri. pada tahun 2010, pertandingan antara homestay di Peringkat Negeri Johor telah diadakan dan Homestay Kampung Parit Bugis telah mendapat tempat pertama di dalam pertandingan itu. Terdapat pelbagai program yang menarik yang telah disediakan oleh pihak pengurusan Homestay ini dan terdapat pelbagai tempat-tempat yang menarik dapat dikunjungi di sekitarnya.
Sunday, February 20, 2011
HIDUP NELAYAN
Saturday, February 19, 2011
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN 2011
Sambutan Maulidur Rasul turut dimeriahkan lagi
dengan perarakan yang disertai oleh kakitangan kerajaan.
dengan perarakan yang disertai oleh kakitangan kerajaan.
Antara sepanduk yang melambangkan perpaduan ummah
yang turut serta dalam perarakan sambutan Maulidur Rasul
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
yang turut serta dalam Sambutan Maulidur Rasul
Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak
bersama Dato' Seri Jamil Khir menunggu ketibaan
Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
Subscribe to:
Posts (Atom)